Search This Blog

Sunday, January 16, 2011

Teringin Anak Bersama Saya?


  " Hassriq dah kahwin ke?Bila masa dia ada anak?"

Mungkin ini persoalan yang menerjah tatkala tajuk blog ini kelihatan.

Ok.Saja nak buat gempak.Sejujurnya saya belum lagi menjengah 22 tahun(umur semakin ‘muda’).Masih belum berkahwin,jauh sekali mempunyai zaujah apatahlagi memperolehi anak secomel ini;Namun saya seorang anak kepada ibu dan bapa saya."Abang anak ayah dan mama kan?"

Muhammad Afif Hakimi Bin Abdul Hadi


Siapa Yang Tidak Mahu Anak?

Anak...

Idea menulis topik ini datang sekembalinya saya dari trip Jalinan Mahabbah dengan ikhwah-ikhwah MICET di Genting Highland.Disana majoriti datang bercuti bersama anak-anak dan keluarga(kecuali kami bujang-bujang belaka).

Tatkala menaiki gondola Skyway,saya terfikir,sejauh manakah manusia itu bahagia tanpa anak?Pasangan yang bercuti bulan madu disana juga pasti menginginkan anak sekembalinya dari sana.

Sering tersiar di dada akhbar atau majalah,jika satu pasangan tidak dikurniakan anak,hidup mereka jadi resah,jiwa jadi gundah dan berusaha bermati-matian untuk mendapatkan anak.Malah ada yang sanggup mengambil anak angkat.Bertuah kan dapat menjadi anak dan memperolehi anak?

Ibu Bapa Rosak,Anak Tergadai

Masalahnya,ramai manusia yang mempunyai anak tetapi tidak pandai menjaga dan melayan anak.Ada bapa bertindak sebagai komunis,anak sebagai bala tentera.Ada ibu bertindak sebagai ibu ayam,anak sebagai anak ayam.Jadi rasanya adakah kita berasa bahagia apabila situasi tidak mesra ini berlaku?

Apabila berlaku gejala sosial,majoriti menyalahkan anak-anak remaja walhal ibu bapa turut terheret sama kerana tidak mesra dengan anak-anak.Bagaimana anak-anak boleh hanyut jika ibu bapa menjaga dengan baik dan memberikan tarbiah dunia dan akhirat?Malah ada yang berani memberi alasan;

“Kami sudah berikan dia pendidikan agama,siap sekolah tahfiz lagi.”

Ya, memang anda memberi mereka platform bersekolah tetapi dimana penghayatannya?Pendidikan yang diberi oleh orang lain tidak sama dengan kemesraan pendidikan oleh ibu bapa.Di Taiping,saya pernah berkenalan dengan keluarga sahabat-sahabat saya.Ada yang bermasalah dan ada juga yang baik.Apa yang pasti,jika ibu bapa mesra dengan anak-anak,pasti anak-anak bahagia dan baik.

Wang Boleh Beli Roti,Bukan Kasih Sayang!

“Nah RM1.80 tanda kasih sayang abah kat kamu,pergi beli roti untuk abah..”

Mesra di sini bukan bermaksud menghamburkan wang RM1.80 atau yang lebih banyak.Saya kurang bersetuju wang boleh membeli hati manusia melainkan hati yang kotor dan mementingkan kebendaan.Apa yang lebih penting bukanlah roti atau apa-apa kebendaan tetapi KASIH SAYANG ibu bapa.Ibu bapa yang selalu mengambil berat perihal anak-anak,berbincang bersama anak-anak,membantu menyelesaikan masalah mereka,ibu bapa ini lah yang paling TERBAIK!

Andai kita sebagai ibu bapa,adakah kita senang dengan anak-anak yang sentiasa mencarut?

Andai kita sebagai ibu bapa,adakah kita senang melihat anak-anak bermasam muka dengan kita?

Andai kita sebagai ibu bapa,adakah kita senang membiarkan anak-anak berpeleseran di luar?

Jangan Sombong Dengan Ibu bapa Kita!

Merenung sampai termenung..


Anak secomel Dhiya


Kenapa seperti ada timbul penghadang untuk anak dan ibu bapa saling bermesraan?

 Hijabnya adalah EGO.Ibu bapa segan untuk menunjukkan kasih sayang.Hendak mengungkapkan sayang macam hendak tersekat di kerongkong.Anak-anak pula malu untuk mengasihi ibu bapa.Hendak cium pipi ayah dan ibu terasa loya disebabkan kulit mereka sudah berkedut.

Adakah kita tidak suka anak-anak kita tersenyum kepada kita sebagaimana kita tersenyum kepada ibu bapa kita?

Mungkin ada yang terlupa bahawa tiga perkara yang tidak terputus selepas kematian adalah doa anak yang soleh.Tidak berminatkah?Bahagia yang paling tinggi adalah bahagia di dunia dan di akhirat.Tidak teringinkah?

Jadi,saya sebagai anak,ingin mengajak anda berbuat baik kepada ibu bapa secara konsisten.Telefon ibu bapa anda sekarang juga dan luahkan kasih sayang yang terpendam.!

Saya juga bakal suami,insya –Allah sebagai bakal bapa,berpesan kepada diri sendiri dan seangkatan dengan saya untuk sama-sama berazam dan beriltizam untuk menjadi ibu bapa yang mesra dan taat kepada perintah Allah insya-Allah!


Jom bina kebahagiaan di dunia dan diakhirat!

Bersama anak seorang ikhwah

~HASSRIQ HAFIZE BIN ABDUL HALIM HAFIZ~

9 comments:

Anonymous said...

gmbr yg last 2 menarik lor...
hehehe

ANAK MUDA said...

Keterujaan bermain bersama kanak-kanak...^_^

cik zaza said...

gambar last, terserlah ciri2 seorg bapa di situ.. x)

apple azie said...

gambr last 2..cam menarik jw..sngt terserlh disitu...dh ade gaya..hehehe

ANAK MUDA said...

Insya Allah..doa2kan la ye..

MOHD HIDHIR said...

erm.. dh sesuai tu... ;-)..

miftahul jamilah said...

kalau nak anak yang comel,hensem dan cantik bila besar nanti suruhlah isteri2 anda nanti baca surah yusuf..=)
dan untuk anak yang bijak bacalah surah luqman...

ANAK MUDA said...

@hidhir~Anta jgn nk provok ana...byk lagi tggjwb..anyway thankz doakan ana.


@miftahul jamilah~insya Allah akan diusulkan kepada zaujah bila kawin nnt

salihah said...

bakal bapa mitahli ni....hehehe
InsyaAllah kebahagiaan menjadi milik anda:)

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio