Search This Blog

Saturday, June 27, 2009

Apa Erti Saya Menganut Islam??

Assalamualaikum W.B.T...


"Micheal Jackson Mati Di Dalam Islam"..
Tajuk muka depan Kosmo pagi tadi amat menarik perhatian saya..Bukan kerana saya peminat fanatik MJ tetapi saya merasakan seolah-olah seluruh dunia meratapi pemergian lagenda pop terkenal itu..Sana-sini berita tentang pemergiannya dihebahkan samada melalui media cetak atau media elektronik.Apa yang ingin saya kongsikan disini bukanlah untuk menceritakan bagaimana dan bila MJ meninggal tetapi yang paling menyentuh hati saya ialah pengakhiran hayatnya adalah di dalam Islam...



Ramai orang berkata yang beliau masuk Islam tetapi bagi saya tidak! Dia bukanlah masuk Islam tetapi kembali kepada fitrahnya,ISLAM..Ya..Revert bukan convert! Kenapa saya berfikiran sedemikian? "Alah..sama je masuk Islam ke kembali Islam ke yang penting dia Islam",sindir rakan saya apabila saya mengutarakan isu sedemikian..Saya memohon diberikan penjelasan...



Persoalan pertama saya.."Siapakah yang menciptakan kita?" Bagi umat Islam pasti akan berkata Allah S.W.T..Tetapi siapakah pula yang menciptakan penganut-penganut lain kalau bukan Allah S.W.T?? Setiap manusia diciptakan oleh Allah S.W.T.Sudah jelas agama yang mengakui keesaan Allah S.W.T ialah agama Islam..Jadi setiap manusia yang diciptakan di muka bumi ini adalah Islam tetapi apabila lahirnya sahaja ke muka bumi ini,agama seorang bayi itu ditentukan oleh ibu bapanya..Kita bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan di dalam Islam tetapi betapa sukarnya bayi yang lahir dalam kalangan keluarga bukan Islam..



Saya di asak lagi dengan soalan yang agak "panas"..Kenapa Allah S.W.T tak ciptakan semua manusia beragama Islam?Kenapa perlu ada penganut agama Buddha,Kristan,Hindu dan sebagainya?" Saya bertanya kembali kepada rakan saya, "Adakah dan perlukah kita tahu semua perkara di dunia ini?" Ringkas jawapannya,"YA!" Saya bertanya lagi,"Ok,kalau macam tu bagi tau aku berapa helai bulu mata yang ada di mata kita dan berapa berat air sungai kt kampung kita ni?" Sunyi sepi..



Tiada jawapan yang terpancul dari mulut yang suci itu..Saya bukanlah ingin menentukan siapa yang betul atau siapa yang salah tapi apa yang ingin saya buktikan tidak semua perkara yang kita berhak tahu dan kita dapat tahu..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..Itulah keistimewaan Allah..Kenapa dan mengapa seseorang itu dijadikan adalah rahsia Allah..Kita sebagai hamba-Nya hendaklah melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya sebagaimana firman-Nya:


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Saya bukanlah ingin berdebat perkara yang bercabang tetapi sekadar ingin berkongsi pengetahuan.Sesungguhnya perdebatan yang sia-sia membawa pemecahan umat.Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberikan hidayah kepada MJ untuk kembali kepada fitrahnya sebagai umat Islam..Saya terfikir juga bagaimanakah pengakhiran hayat saya nanti..Adakah saya akan kembali dengan penuh keimanan atau menghadap Maha Pencipta dengan diri ini dipalit kekufuran...



Apa Ertinya Saya Menganut ISLAM tapi Penamatnya Adalah Kekufuran......Nauzubillah...

Wassalam...

0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio