1)-Kita mesti akan mengerjakan solat fardu dengan khusyuk dan tawadduk untuk mendapat keredhaan-Nya..
Sebaliknya...
-Kita mengerjakan solat fardu secara "ekspress" semata-mata ingin mengejar urusan duniawi seolah-olah kita berpeluang untuk solat fardu secara "serius" pada bila-bila masa.
2)-Kita pasti akan melengkapkan solat fardu 5 waktu(Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak) dan berasa berdosa apabila meninggalkannya..
Sebaliknya...
-Kita dengan selamba meninggalkan solat fardu ini tanpa rasa bersalah seolah-olah kita mampu melakukannya bila rasa perlu dan berkata,"Alah,dah tua nanti aku bertaubat la..."
3)-Kita akan sentiasa bangun di awal pagi untuk berqiamullail dan memperbanyakkan solat-solat sunat(tahajjud,hajat,taubat,isthikarah dan lain-lain) untuk mendekatkan lagi diri kita kepada Allah S.W.T..
Sebaliknya...
-Ada di antara kita menanyakan soalan sebegini."Solat tahajjud?Macam pernah dengar tapi macam mana nak buatnya ye?"
4)-Zikrullah akan sentiasa meniti di bibir dan sentiasa memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Esa..
Sebaliknya...
-Bait-bait lirik dan alunan lagu sentiasa terpancul dari bibir merekah kita dan ada yang lebih asyik sehingga menjadikannya sebagai lagu tema kehidupan..
5)-Kita pasti akan menyalami dan memohon seribu kemaafan dari kedua ibu bapa kita ketika ingin berpisah kerana entah bila kita akan bertemu lagi dengan mereka semula...
Sebaliknya...
-Kita sanggup membentak dan menunjuk perasaan kepada kedua ibubapa apabila kehendak kita tidak dituruti malah ada yang bertindak lebih berani dengan memukul mereka..
6)-Kita pasti akan memberi sedekah kepada orang yang lebih memerlukan sambil mengharapkan orang tersebut mendoakan kesejahteraan kita di akhirat kelak.
Sebaliknya...
-Kita sanggup buat tak tahu terhadap kewujudan golongan pengemis ini malah ada yang sanggup menghina seolah-olah pemberian sedekah itu akan menyebabkan kita jatuh miskin..
7)-Kita seboleh-bolehnya ingin berbaju labuh dan bertudung litup supaya orang yang bukan mahram tidak dapat melihat aurat kita dan mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat..
Sebaliknya...
-Kita sanggup mengenakan pakaian yang singkat,nipis,terdedah dan seksi untuk menarik perhatian orang lain seolah-olah merelakan kesucian diri kita di ragut pada bila-bila masa.
8)-Masjid,musollah,surau dan seangkatan dengannya menjadi "rumah kedua" kepada kita kerana kita banyak meluangkan masa yang terhidang dengan mengimarahkan masjid dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara konsisten..
Sebaliknya..
-Dating,join konsert, dan segala macam aktiviti muda-mudi menjadi pilihan utama kepada kita untuk mengisi masa lapang yang sedia ada dan dapat "menyempurnakan" hari kita dengan kesoronokan.."Happy Ending'' la konon...
9)-Kita pasti akan bersama-sama dengan golongan yang menegakkan kebenaran dan berusaha mencegah kemungkaran sambil ingat-mengingati antara satu sama lain...
Sebaliknya...
-Kitalah menjadi "watak utama" di sebalik penangkapan dan pembongkaran aktiviti maksiat yang berleluasa sejak akhir-akhir ini..Yang terselamat hanya "bernasib baik" di dunia sahaja..
10)-Kita pasti akan menginsafi diri dan bertaubat diatas kesilapan dan dosa yang kita lakukan semasa bergelumang dengan maksiat dahulu serta tidak akan mengulanginya lagi...
Sebaliknya...
-Kita masih lagi "hanyut" dengan maksiat dan ada diantara kita di kalangan lelaki yang berbangga dapat merosakkan kegadisan seorang wanita manakala wanita di kalangan kita tanpa segan silu merelakannya...
Bingkisan diatas dibuat adalah bertujuan untuk memuhasabahkan diri kita semua termasuk saya sendiri..
Memang benar ajal maut Allah S.W.T yang menentukan tapi adakah kita masih mampu membiarkan diri kita hanyut dengan duniawi sedangkan Allah S.W.T boleh "menjemput" kita untuk menghadap-Nya pada bila-bila masa??
Saya tinggalkan anda dengan satu persoalan..Bersediakah anda sekiranya anda dipanggil menghadap Yang Maha Esa pada masa yang di kehendaki-Nya?
~~Wassalam~~
Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment