Search This Blog

Thursday, October 14, 2010

Hassriq..Kau Gila Apa Bercakap Dengan Masa??








“Kenapa rasa cepat sangat ea?”

 “Tak ada masa la bro…”

 “Perghh..cepatnya masa berlalu..”




Keluhan yang biasa menyusup ke telinga saya dan biasa juga meluncur keluar dari mulut saya sendiri.Ya! Masa itu berjalan dengan pantas.Jadi ramailah manusia yang menjalani kehidupannya dengan sia-sia atas asbab dia tidak mengambil berat tentang masa.
Pernah baca  surah Al –Asr?Allah dah ceritakan mengenai masa dalam firman-Nya:

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu didalam kerugian…”(Surah Al-‘Asr:1-2)

Lihatlah! Allah S.W.T sendiri telah bersumpah dengan masa dan ada kaitannya dengan manusia.Ternyata di dalam surah ini,kebanyakkan manusia rugi kerana tidak mampu mengisi kehidupannya dengan baik.

Secara jujurnya,saya bukanlah seorang penyusun waktu yang baik ketika di bangku sekolah dahulu.Bagi saya yang masih belum matang ketika itu,jadual waktu bersifat sangat mengongkong dan tidak memberi kebebasan untuk saya bergerak.Kalau saya mengimbau kembali semasa saya masih kecil,saya akan tertawa kecil.Ya lah,saya menganggap jadual waktu sebagai jadual sekolah yang membosankan.Atas sebab itulah saya dahulu sangat benci jadual.Nakal kan?


  MASA raya digunakan sebaiknya untuk pergi kerumah terbuka..^_^


MENDAPAT ‘TAMPARAN’ BERHARGA!


Sehinggalah satu hari dimana saya berusrah di taman tasik,saya ‘terpaksa’ mendengar tazkirah ringkas daripada kawan saya,Khairul Hisham.Dia ada menyatakan tentang Fiqh Awlawiyyat,iaitu fikah keutamaan.Dari situ saya mendapat ‘tamparan’ hebat, iaitu berbicara dengan masa!


Memang pada mulanya saya merasakan itu satu benda yang ajaib(sebab saya jarang menepati masa) tetapi hakikatnya tidak!Saya memang mampu berbicara dengan masa..BAGAIMANA?


Apa yang saya dapat dari ‘tamparan’nya ketika itu ialah hidup manusia perlu disusun dengan baik.Hujah daripada sahabat seusrah,Aizat juga banyak membantu.”Yang utama perlu diutamakan,yang penting perlu didahulukan dan yang tak urgent lambat-lambatkan pun boleh”.Ringkas tapi padat.


Akhirnya…saya cuba menyusun kehidupan saya dan sesuatu yang mengejutkan terjadi!


“Banyaknya masa yang aku ada…”.Perkataan pertama yang meluncur keluar dari mulut saya tatkala saya selesai menyusun kehidupan saya.

Alhamdulillah,sehingga kini saya masih mempunyai banyak masa walaupun assignment agak menimbun.Semuanya kerana berbicara dengan masa!

JOM BUAT CALCULATION!




Hidup ini ada 24 jam.Jika kita sedar,majoriti manusia akan tidur 6 jam sehari.Ini bermakna ada lagi 18 jam untuk kita berbuat macam-macam.Malahan 18 jam terasa terlalu banyak kalauu kita betul-betul memanfaatkan masa dengan sebaiknya.Pernah dengar orang mandi 18 jam sehari?Saya tidak pernah mendengar melainkan anda orang pertama yang ingin melakukannya.

So,apabila kita mampu menyusun kehidupan kita dan merangka setiap perancangan dengan baik,insya-Allah kita akan melihat ruang yang amat luas dalam kehidupan kita untuk diisi.Saya pun terkadang merasa hairan apabila ada orang yang member alasan apabila meninggalkan solat adalah disebabkan ketiadaan masa!



CONTOH TERBAIK SEPANJANG ZAMAN


Siapa rasa dia mampu melaksanakan tanggungjawab menguruskan masa lebih baik dari tokoh ini?Model atau contoh terbaik yang saya kagumi ialah Rasulullah S.A.W..Mungkin ada yang bertanya apa kaitannya? 

Jom kita kenali Rasulullah S.A.W lebih dekat.Baginda merupakan seorang pendakwah,ketua Negara,hakim,suami,seorang bapa,juga sahabat,khalifah perang malahan hamba ALLAH S.W.T.Saya tertarik dengan satu kisah dimana Rasulullah S.A.W sempat lagi berlumba dengan isterinya Aisyah R.A.Dalam kesibukannya,sempat lagi Baginda meyerlahkan keromantikan kepada isterinya(saya harap saya juga mampu begitu).

Baginda sempat lagi bergaul dan bercanda dengan sahabat-sahabat malahan baju atau terompah yang koyak juga mampu dijahitnya sendiri.Tak cukup lagi?Paling mengagumkan,Baginda masih mempunyai masa untuk menjadi imam setiap waktu solat dan menyebarkan Islam kepada orang kafir.Diingatkan juga Baginda seorang yang mahir berdagang.

Apa yang anda rasa sekarang?Bukankah masa hidup Rasulullah S.A.W sehari 24 jam juga?Baginda merupakan contoh terbaik dalam pengurusan masa kerana Baginda mampu melaksanakan pelbagai hal dan perkara yang pada pandangan saya sangat bermanfaat untuk umatnya.

NAK TAHU APA RAHSIA RASULULLAH S.A.W??

Baginda bersabda yang bermaksud:
“Daripada kebaikan Islam ialah seseorang itu meninggalkan apa-apa yang tidak berguna padanya(tidak bermakna)”

Jadi..tak teringin ke nak ‘berbicara dengan masa?’Mungkin inilah masanya untuk melapangkan diri sedikit jika anda mampu ‘berbicara dengan baik dengan masa’.


' Berbicara dengan MASA'

Wallahualam…

0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio