Search This Blog

Sunday, October 10, 2010

MEMPEROLEH SUMBER BARAKAH DI BUMI TAIPING





Alhamdulillah..selesai sudah misi apabila pulang ke kampung halaman tempoh hari.Terasa banyak manfaat walaupun hanya dapat meluangkan masa selama dua hari bersama keluarga tersayang.Kenikmatan yang tak terhingga bila dapat bertemu dan mencium kedua-dua belah tangan dan pipi kedua orang tuaku.Merekalah sumber barakah yang Allah berikan kepadaku selama ini..!



Ya! Semua orang mempunyai ibu dan bapa.Rasanya semua orang dah sedia maklum,manusia yang hidup tanpa ibu dan bapa hanyalah Nabi Adam  a.s.Sebagai manusia pertama,Allah menciptakan Nabi Adam a.s daripada tanah liat yang hitam lagi busuk sehingga iblis memandang rendah kepada Nabi Adam dan enggan tunduk kepada arahan Allah untuk sujud kepadanya.

“Aku lebih baik daripadanya,kerana Engkau menciptakan aku dari pada api sedangkan Engkau menciptakan dia daripada tanah” (Al-Araf:12)

Selepas itu wujud pula kisah manusia istimewa yang  dilahirkan tanpa  bapa.Dia ialah Nabi Isa a.s.Jibril datang bertemu ibunya yang bernama Maryam yang kemudiannya meniupkan roh ke dalam perut Maryam atas perintah Allah S.W.T.Akhirnya lahirlah Nabi Isa a.s tanpa bapa dan dari tubuh ibunya yang suci.

“Dia(Jibril) berkata,’Sesungguhnya aku ialah utusan Tuhanmu ,untuk menyampaikan kepadamu anak lelaki yang suci’(Maryam:19)

Inilah dua orang manusia yang sangat istimewa.Seorang tanpa ibu dan bapa manakala seorang lagi tanpa bapa.Selain mereka berdua,semua orang di dunia ini dilahirkan melalui ibu dan bapa masing-masing.Tanpa  pencantuman ovum daripada ibu dan sperma daripada bapa,mungkin kita tidak terhasil seperti hari ini.

“KERJA” IBU BAPA SANGAT LUAS

Tugas ibu dan bapa tidak terhenti setakat melahirkan kita tetapi mereka diberikan “extra” tanggungjawab untuk menjaga kita sehingga besar,bagi makan minum.memberi tempat berlindung dan pakaian,serta memberikan kita pendidikan.Mungkin ramai yang kurang menyedari,ibu bapa kitalah yang memberikan pengetahuan tentang Islam dan memperkenalkan kita dengan Allah dan Rasululullah S.A.W.Bertuahnya  kan?Kenapa?Kerana kita mepunyai ibu bapa yang memperkenalkan kita dengan Islam tetapi bagaimana mereka yang ibu bapanya tidak memperkenalkan kepada mereka tentang Islam?Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.Walaubagaimanapun,mereka tetap perlu menghormati ibu bapa ikta kerana tanpa mereka,mungkin kita tiada di dunia ini.


Kalau difikirkan semula,hidup  ini tidak sempurna jika kita tidak menghiraukan ibu bapa.Kebanyakkan anak-anak tidak menghiraukan ibu bapa masing-masing.Ada yang beranggapanibu bapa hanyalah penyibuk dan menganggu kehidupan mereka.Nauzubillah.Moga diri ini tidak tergolong dalam kalangan mereka yang menderhaka kepada ibu dan bapa.Realitinya,kepentingan ibu bapa bukan sekadar menjaga malahan memegang kunci syurga untuk kita.

SYURGA TERLETAK DIBAWAH TAPAK KAKI IBU





Lihatlah! Islam mengangkat tinggi taraf ibu bapa.Saya selalu dengar kisah daripada ustaz dan ustazah dibangku sekolah dulu bahawa anak yang menderhaka tidak dapat langsung mencium bau syurga sedangkan bau syrga itu dapat dihidu dari jarak yang amat jauh.Saya Mencari-cari ayat didalam Al-Quran yang menceritakan perihal ibu bapa dan akhirnya saya dapat menjumpainya didalam surah Al-Israa' ayat 23. Allah berfirman:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan ,supaya engkau tidak menyembah yang lain melainkan kepadanya semata-mata,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada  ibu bapa.Jika salah seorang daripada mereka,atau kedua-duanya sekali,sampai kepada umur tua didalam jagaan dan peliharaanmu,maka janganlah engkau berkata kepada mereka(sebarang perkatan kasar) sekalipun perkataan “Ah” dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia(yang bersopan santun).”

Dalam hidup ini,ibu bapa juga merupakan sumber kebahagiaan.Saya masih ingat sahabat seusrah saya,yang apabila dia ada masalah,dia akan berkata;

“Ni mesti ana ada buat silap dengan mak ayah ana”

Kemudian dia akan segera menelefon  ibu bapanya.Selalunya bagi pelajar yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa,prestasi mereka akan terjaga dan kehidupan mereka akan lebih bahagia.

TIADA MANUSIA YANG MAMPU HIDUP TENANG TANPA REDHA IBU BAPA




Ada yang mengatakan  kita boleh hidup berdikari tanpa ibu bapa disisi.Ya..saya juga akan katakan yang memang kita akan hidup sedemikian pun tetapi sedarlah diri ini dan sahabat tersayang,tiada manusia yang mampu hidup tenang tanpa redha ibu bapanya.Ada orang pernah berkata,kita suatu hari nanti akan jadi ibu bapa juga dan anak-anak kita akan berkelakuan sepertimana kita berkelakuan terhadap ibu bapa kita.Betul! Jika kita berbuat baik kepada ibu bapa kita,Insya-Allah anak-anak kita akan baik dengan kita.

Manusia tidak boleh bersendirian tanpa ibu bapa.Redha dan doa ibu bapa amat penting kepada kita.Doa ibu bapa amat mustajab dan makbul dan dengan doa dan redha mereka,manusia akan hidup tenang dan senang sebenarnya.

Tak percaya?

Apa kata kita mencuba.Tumpahkan kasih sayang kepada ibu bapa,hormati mereka,muliakan mereka dan mintalah redha mereka.Sesungguhnya pada ibu bapa kita itu terdapat sumber barakah yang tidak terlihat oleh mata sepet atau mata bundar kita.

Jom hargai ibu bapa kita selagi mana kita masih mempunyai peluang untuk menghargainya.


Terima kasih mama dan ayah.I LOVE BOTH OF YOU.Alangkah indahnya kalau mereka dapat membaca tulisan ini biarpun diri ini sedar mereka tidak mengetahui anak sulungnya memiliki blog sendiri....

 HASSRIQ HAFIZE
TREN 1 EKSPRESS RAKYAT(KTMB)
TAIPING-TAMPIN
AHAD 10/10/10 3.32 P.M





0 comments:

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio