Search This Blog

Monday, July 6, 2009

Bertudung Tapi Liar???

Assalamualaikum W.B.T...


Mungkin tajuk di atas agak menimbulkan kontroversi tetapi semasa saya masih kecil,tidak terbayang langsung wanita bertudung berseluar jeans ketat dengan t-shirt sendat,berkepit dengan pasangan masing-masing di pusat membeli belah atau membonceng dan berpelukan di atas motosikal bersama jejaka idaman mereka...Jadi tidak hairanlah kalau kita terdengar kata-kata sinis sebegini di lontarkan:"Alah,perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik.."Jangan bersikap prejudis terhadap wanita bertudung mahupun yang tidak bertudung sebaliknya kita perhalusi situasi begini dengan cara yang paling berhikmah..




KENAPA PERLU BERTUDUNG??

Apa niat wanita bertudung?Atau lebih tepat lagi kenapa kita perlu menutup aurat?Bertudung kerana hendak kelihatan cantik,hendak kelihatan baik,hendak menutup 'kekurangan' wajah dan bukan kerana Allah S.W.T(kewajipan menutup aurat) akan mendedahkan si pemakainya kepada perlakuan-perlakuan yang negatif.Ertinya,menutup aurat mestilah atas dasar tauhid kerana iman dan kerana Allah S.W.T..Jika kerana lain,maka itulah yang menjerumskan wanita yang bertudung ke arah kemungkaran.


Keadaan yang sama boleh berlaku kepada ibadat-ibadat yang lain.Solat contohnya,jika tidak dilaksanakan kerana Allah S.W.T(kerana riyak,ujb, dan takbur) akan menyebabkan seseorang itu akan semakin jauh daripada Allah S.W.T.Ini telah ditegaskan oleh para ulama.Keadaan ini juga turut berlaku kepada mereka yang bertudung bukan diniatkan atas perintah Allah.Bukan semakin dekat malahan semakin jauh pula..Nauzubillah...


MARUAH DAN AKHLAK...


Hendak menjaga maruah dan akhlak bukan sekadar hanya dengan bertudung sahaja tetapi perkara lain juga penting.Contohnya menjaga tingkah laku,berhati-hati dalam tutur kata,mengawal pandangan dan menjaga batas pergaulan di samping masa dan tempat di mana kita berada juga perlu dititikberatkan.Misalnya jangan keluar di tempat sunyi dan mengaibkan..
INGAT! "Aurat di hati" patut ditutup sama dengan aurat di badan malah aurat di hati jauh lebih penting untuk di jaga dari aurat di badan.Maksudnya hati jangan liar perlu dijaga selalu dan ditutup dengan rasa malu.


Kalau hati masih liar walaupun sudah bertudung,maka tingkah laku juga akan menjadi liar juga seperti pergaulan bebas,pandangan mata yang tidak dikawal dan keluar hingga lewat malam ke tempat-tempat maksiat.Maka,ketika itu tudung pun tidak mampu menjaga maruah dan akhlak diri.Kesimpulannya,tudung hanya mampu menjadi perisai kepada akhlak dan tingkah laku hati akan menjaga elemen dalaman seperti keyakinan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T.Tapi INGAT! Menjaga elemen dalaman BUKAN ALASAN untuk membuang tudung.Kononnya yang penting hati kena baik.


Andaikan seorang wanita menunggang motosikal tanpa helmet.Walaupun beliau merupakan seorang penunggang yang berhemah dan cekap,dia masih berada dalam keadaan "kekurangan'' dan menyalahi undang-undang.Begitu juga kepada yang tidak bertudung.Walaupun keperibadiannya baik tetapi dia masih "kekurangan dan melanggar perintah Allah-Kewajipan menutup aurat.Secara mudah,topi keledar ada kaitannya dengan menjaga keselamatan manakala menutup aurat ada kaitannya dengan keselamatan agama(maruah dan akhlak)


DUA PERKARA YANG "BERBEZA".







SAMA TAPI TAK SERUPA.....!!








Pakai tudung dengan menutup aurat adalah dua perkara yang berbeza.Ramai yang bertudung tetapi tidak menutup aurat.Tutup aurat ada niatnya,konsep dan pelaksanaan yang khusus.Ia di buat atas dasar iman,cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuannya adalah untuk menegakkan akhlak.Jika sekadar memakai tudung untuk tujuan 'glamour',cantik dan bergaya semata-mata,itu tidak ada maknanya..


Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

"Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mumin,hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali.Mudah-mudahan dengan itu mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun.."


Salahkah bertudung hendak cantik?Mungkin ada yang akan berhujah begitu.Bukankah ISLAM itu INDAH?Memang tidak salah bertudung kerana ingin cantik tetapi itu bukan tujuan menutup aurat.Tujuan utama menutup aurat adalah kerana mengikut perintah Allah S.W.T.Dibuat atas dasar iman dan menepati kaedah syariat.Mana yang patut ditutup perlu ditutup.Labuh dan singkatnya tudung tersebut adalah mengikut syariat.


Dengan itu barulah terbangun akhlak pada wanita yang menutup aurat dan insya'Allah dia akan selamat dan menyelamatkan.Dia tidak akan diganggu dan menganggu orang lain.Macam mana kalau wanita yang tidak bertudung tetapi akhlaknya lebih baik dari wanita bertudung?Pasti akan ada yang berkata begitu..Ringkasnya,ibarat kita menunggang motosikal tanpa memakai helmet.Tetap salah di sisi undang-undang dan membahayakan diri.Begitu juga dengan wanita berakhlak baik yang tidak memakai tudung.Tetap salah di sisi Allah S.W.T..Bagi yang bertudung tapi akhlak buruk pula juga tidak terlepas daripada hukuman Allah S.W.T kerana telah mengabaikan syariat yang lain.


Ada yang berkata "nak bertudung kena la ikhlas..mana boleh paksa-paksa"..Persoalan saya,adakah selama ini kita memang tak pernah iklas dengan Allah S.W.T?Kewajipan memakai tudung bukan atas arahan para ulama atau mufti tetapi atas suruhan Allah S.W.T..99% KEGAGALAN KITA MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB ADALAH DISEBABKAN KITA SELALU MEMBERIKAN BANYAK ALASAN.Jangan bertangguh lagi..Perbaikilah diri dan serulah orang lain...


Wallahualam...

1 comments:

Anonymous said...

trima ksih untuk perkngsian ilmu..
pendektan yg berhemah..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio