Search This Blog

Friday, October 22, 2010

Sudahlah Hassriq..Cuba Diam Sikit...Dah Banyak Sangat Kau Bercakap..


Alhamdulillah dapat saya menyelesaikan post ini walaupun bermacam peristiwa yang berlaku sepanjang bulan ini..Tugasan semasa kursus kahwin sudah pun diselesaikan walaupun tidak sehebat mana..

Terasa kepenatan sehingga segala rutin harian berubah sedikit sehingga ada rakan bertanya,”Hai Hassriq,diam je..selalu mung yang paling banyak cakap,facebook pun jarang buka”..  Eh,mamat ni perli ke? Saya pun berfikir….

  Si kecil yang comel cuba "mengajar" erti diam apabila saya cuba mengusiknya




Saya ni banyak cakap?

Kuat berfacebook(ada ke imbuhan ni?)?

Memang saya seorang yang kuat menyembang dan banyak bercakap tapi bila di khalayak ramai ‘bertukar’ menjadi pemalu. Sampai satu masa saya pernah terfikirkan satu perkataan.

Nak tahu?

Perkataan DIAM.

Saya cuba mempraktikkannya apabila bertemu dengan perkataan ini.Ternyata ,apabila saya mengamalkannya (walaupun xsepenuhnya), hati saya bertambah tenang dan alhamdulilah kehidupan saya terasa lancar dan  mendamaikan.Secara hakikatnya,manusia memang  akan berbicara setiap masa tapi  apa yang saya perhatikan bicara manusia terbahagi kepada dua. Pertama, bicara yang baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia.

Kedua, bicara yang tidak baik iaitu tidak mengikut adab dan tatasusila. Bicara sebegini biasanya mengundang perasaan kurang senang kepada orang lain. Secara jujur,saya juga tidak terlepas dari bercakap dengan perkara yang sia-sia tapi Alhamdulillah saya mempunyai sahabat yang mampu menegur dan mengembalikan saya ke landasan yang sebenarnya.

KERANA PULUT SANTAN BINASA KERANA MULUT BADAN BINASA

Saya rasa anda biasa mendengar kata pujangga yang popular ini.Ada satu lagi ayat yang best…

“Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya..”

Lihatlah! Apa yang kita cakap boleh memberikan impak yang besar kepada kehidupan kita.Bagi orang yang beriman,lidah yang dikurniakan Alah S.W.T tidak boleh digunakan sesuka hati atau mengeluarkan perkattan yang sia-sia tapi perlulah digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah dan berguna.Manusia yang berdiam dan menahan dirinya daripada perkara-perkara yang tidak penting akan nampak lebih terampil dan tenang serta ampuh bicaranya.

Setuju?Diam pada dasarnya meninggikan kredibiliti dan membentuk karakter yang matang.

”Abis tu takkan nak diam memanjang?”

Mungkin ada yang cuba melontarkan pandangan yang sedemikian.Apa yang saya cuba jelaskan bukanlah diam sepanjang masa atau langsung mengunci diri..Bak kata orang diam seribu bahasa tetapi penekanan di sini ialah bercakap apa yang penting dan berdiam terhadap perkara yang tidak penting.Amalan ini akan menjadikan  kita lebih terjaga dan kata-kata  yang kita kelurkan menjadi berharga dan tinggi nilainya.Sedar atau tidak,kita mempunyai banyak ruang untuk berfikir apabila kita diam.Berfikir apa yang orang cakap dan berfikir tentang fahaman orang lain yang secara tak langsung dapat membantu kita memperkukuhkan bicara kita sendiri.


SIAPA DIAM TERLEPAS DARI BAHAYA..SETUJU?

Saya tertarik dengan beberapa hadis Rasulullah S.A.W  mengenai kelebihan berdiam diri..Antaranya ialah:

“Sesiapa yang banyak perkataannya,nescaya banyak silapnya.Sesiapa yang banyak silapnya,nescaya banyak dosanya”(Riwayat Baihaqi)


“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat,maka ia hendaklah  berkata baik atau diam”(Riwayat Bukhari dam Muslim)

Malah,sedang saya mencari-cari sumber rujukan,saya tertarik dengan kata-kata Hukama..Madah beliau berbunyi:

“Banyak diam tidak semestinya bodoh,banyak bercakap tidak semestinya cerdik,kerana kecerdikan itu ialah buah fikiran.Orang cerdik yang banyak diam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap..”

Terfikir juga saya ni dari golongan yang mana..Harapnya menjadi golongan yang diam tapi cerdik.Sebenarnya banyak masa kita akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya apabila diam.Setelah membuat “brainstorming”,saya telah mendapat sesuatu..Apabila berdiam,zikir boleh bergerak dengan lisan dan hati.Secara tak langsung dapat memberikan kerehatan dan ketenangan kepada kita..


Apa yang lebih penting,baru saya sedar yang dia ini mampu menutup pintu serangan syaitan dan mengurangkan dosa kita.Percaya atau tidak,kita akan lebih selamat kerana kebanyakan dosa kita datangnya dari lidah.Pernah dengar ayat “lidah tidak bertulang”? Ya..memang lidah sangat sukar untuk dikawal.

Apa lagi yang mahu saya tulis?

Sudah tiba masanya untuk saya “diam”(dah kehabisan idea sebenarnya).

Marilah kita ambil sedikit masa untuk berdiam diri.Saya dulu memang susah nak diam tapi setelah ditegur dan dikritik,Alhamdulillah berjaya diam walaupun hanya seketika.

Insya Allah ada manfaat yang bakal kita perolehi untuk lebih bahagia dan diberkati …..^_^

Wallahualam…

1 comments:

minna said...

terbaik akh..

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio