Search This Blog

Thursday, December 1, 2011

Kita Tidak Pernah Gagal.




“As,aku takut la result final dah nak  keluar.  Harap - harap aku tak gagal semester ni”

Saya mendapat kiriman SMS dari sahabat saya. Saya memberikan respons untuk menguatkan kembali semangat dia.

Jujurnya, saya  mengakui agak sedikit gementar tapi saya menguatkan diri bahawa saya sudah berusaha yang terbaik.

Isu kegagalan saya tepis jauh - jauh. Berfikiran positif lebih baik daripada berfikiran negatif yang belum pasti terjadi.

Siapa Mahu Gagal?



Ramai orang apabila sebut perkataan gagal,mereka akan jadi takut.Seperti kawan saya tadi,kalau dia gagal,rasa macam tak ada makna untuk hidup lagi selepas gagal.Hakikatnya,semua orang takut gagal. Ibarat ada titik hitam pada diri.

Saya anggap gagal itu lumrah. Saya sendiri banyak kali gagal dalam kehidupan.

Memang sakit dan pedih apabila gagal.Sakitnya hati hanya Allah yang tahu. Lebih - lebih lagi apabila kawan sendiri mengutuk dan memerli kita atas kegagalan tersebut. Bagi saya,gagal menjadikan kita lebih kuat.

Ya.Bangkit dari kegagalan untuk menempa kejayaan.Itu yang saya sematkan dalam diri.


Thomas Edison


Kenal Thomas Edison? Manusia yang berjaya mencipta mentol hanya selepas 2000 kali percubaan. Apabila di soal,bagaimana dia boleh tabah berusaha walaupun 2000 kali tidak berjaya,dia berkata;

“Saya tidak gagal tetapi saya hanya berjaya selepas 2000 kali mencuba.”

Ya.Itu sebenarnya apa yang kita mahu lihat. Kenapa perlu takut gagal? Apa yang kita perlu ialah berusaha bersungguh - sungguh tanpa rasa jemu,takut atau gentar.

Jangan letakkan kegagalan dalam kamus hidup.Gagal akan menyergah apabila kita berputus asa.

Ketahuilah bahawa Allah tidak suka orang yang berputus asa. Apatah lagi Allah ada berpesan di dalam Al-Quran supaya kita tidak berputus asa dengan rahmat-Nya.

Encik Shahrir,pensyarah saya di UniKL MICET berkata;

“Hassriq,bila awak keluar dari sini,mungkin awak melihat diri awak dah gagal.Tapi apabila kamu belajar di tempat lain,kamu akan belajar dari kesilapan dan berusaha memperbaiki diri. Yang penting teruskan belajar.”

Ya. Gagal hanya akan berlaku bila saya berhenti belajar. Macam hidup. Kalau kita berdosa dengan Allah,adakah itu penamat segala - galanya? Adakah kita terus berputus asa? Membunuh diri dan sebagainya?

Tidak.Bukan itu jalannya malah Allah menyuruh kita bertaubat berkali - kali kepada-Nya.Allah suka orang yang mengulangi taubatnya.

“Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri”(Al Baqarah;222)

Fikir baik - baik. Kita hanya akan gagal apabila hidup kita terhenti dalam melakukan maksiat.

Rasulullah Pernah Gagal?

Saya suka mengaitkan apa yang terjadi dengan sirah Nabi.Mari kita lihat Rasulullah SAW ketika di Ta’if.

Baginda dihalau,dibaling batu sehingga tubuh Baginda luka berdarah.Adakah Baginda berhenti?Tidak,malah Rasulullah SAW meneruskan lagi dakwah Baginda. Gagalkah? Tidak,Baginda berjaya.

Jadi,bagaimana? Mari kita merenung sejenak.

Adakah kita mahu gagal? Wajarkah diri kita masih takut dibelenggu kegagalan?

Gagal itu terletak pada tangan kita. Kita tentukan. Antara kita mahu atau tidak sahaja.

Jika anda mahu gagal,berhenti daripada apa yang anda usahakan. Berputus asalah.

Jika kita tidak mahu gagal,maka teruskan usaha kita kerana Allah sentiasa bersama kita.

Adakah kita tidak cukup yakin dengan Allah jika kita terus berusaha?



Membangkitkan semula kelesuan yang menghimpit jiwa. Anda mampu mengubahnya! ~Hilal Asyraff

5 comments:

Anonymous said...

Nice entry..keep a good job ^_^

::NuHa@21:: said...

Yup that right..saya juga pernah gagal.. tapi hanya semangat dan motivasi bt diri sndiri yg paling pntg.. gagal sekali tak bererti kt gagal utk selamanya..

Zazachan said...

gagal sekali bukan bermaksud kita perlu berhenti berusaha dan mencuba.

Amin Baek said...

fuh akh..mantap betull..

terinspirasi bila baca entry ini..subhanaallah

Unknown said...

Syukran utk entri yang mberi semangat ni :) Mantap!

 

© 2011 Maka Lihatlah! Copyright Reserved
Designed by | alwanPelangi.com | alwanPelangi Studio