“As,aku takut la result final dah nak keluar. Harap - harap aku tak gagal semester
ni”
Saya mendapat kiriman SMS dari sahabat saya. Saya memberikan
respons untuk menguatkan kembali semangat dia.
Jujurnya, saya mengakui agak sedikit gementar tapi saya
menguatkan diri bahawa saya sudah berusaha yang terbaik.
Isu kegagalan saya tepis jauh - jauh. Berfikiran positif
lebih baik daripada berfikiran negatif yang belum pasti terjadi.
Siapa Mahu Gagal?
Ramai orang apabila sebut perkataan gagal,mereka akan jadi
takut.Seperti kawan saya tadi,kalau dia gagal,rasa macam tak ada makna untuk
hidup lagi selepas gagal.Hakikatnya,semua orang takut gagal. Ibarat ada titik
hitam pada diri.
Saya anggap gagal itu lumrah. Saya sendiri banyak kali gagal
dalam kehidupan.
Memang sakit dan pedih apabila gagal.Sakitnya hati hanya
Allah yang tahu. Lebih - lebih lagi apabila kawan sendiri mengutuk dan memerli
kita atas kegagalan tersebut. Bagi saya,gagal menjadikan kita lebih kuat.
Ya.Bangkit dari kegagalan untuk menempa kejayaan.Itu yang
saya sematkan dalam diri.
Thomas Edison
Kenal Thomas Edison? Manusia yang berjaya mencipta mentol
hanya selepas 2000 kali percubaan. Apabila di soal,bagaimana dia boleh tabah
berusaha walaupun 2000 kali tidak berjaya,dia berkata;
“Saya tidak gagal tetapi saya hanya berjaya selepas 2000 kali
mencuba.”
Ya.Itu sebenarnya apa yang kita mahu lihat. Kenapa perlu takut
gagal? Apa yang kita perlu ialah berusaha bersungguh - sungguh tanpa rasa
jemu,takut atau gentar.
Jangan letakkan kegagalan dalam kamus hidup.Gagal akan
menyergah apabila kita berputus asa.
Ketahuilah bahawa Allah tidak suka orang yang berputus
asa. Apatah lagi Allah ada berpesan di dalam Al-Quran supaya kita tidak
berputus asa dengan rahmat-Nya.
Encik Shahrir,pensyarah saya di UniKL MICET berkata;
“Hassriq,bila awak keluar dari sini,mungkin awak melihat
diri awak dah gagal.Tapi apabila kamu belajar di tempat lain,kamu akan belajar
dari kesilapan dan berusaha memperbaiki diri. Yang penting teruskan belajar.”
Ya. Gagal hanya akan berlaku bila saya berhenti belajar. Macam
hidup. Kalau kita berdosa dengan Allah,adakah itu penamat segala -
galanya? Adakah kita terus berputus asa? Membunuh diri dan sebagainya?
Tidak.Bukan itu jalannya malah Allah menyuruh kita bertaubat
berkali - kali kepada-Nya.Allah suka orang yang mengulangi taubatnya.
“Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat
dan membersihkan diri”(Al Baqarah;222)
Fikir baik - baik. Kita hanya akan gagal apabila hidup kita
terhenti dalam melakukan maksiat.
Rasulullah Pernah Gagal?
Saya suka mengaitkan apa yang terjadi dengan sirah Nabi.Mari
kita lihat Rasulullah SAW ketika di Ta’if.
Baginda dihalau,dibaling batu sehingga tubuh Baginda luka
berdarah.Adakah Baginda berhenti?Tidak,malah Rasulullah SAW meneruskan lagi
dakwah Baginda. Gagalkah? Tidak,Baginda berjaya.
Jadi,bagaimana?
Mari kita merenung sejenak.
Adakah
kita mahu gagal? Wajarkah diri kita masih takut dibelenggu kegagalan?
Gagal
itu terletak pada tangan kita. Kita tentukan. Antara kita mahu atau tidak sahaja.
Jika
anda mahu gagal,berhenti daripada apa yang anda usahakan. Berputus asalah.
Jika
kita tidak mahu gagal,maka teruskan usaha kita kerana Allah sentiasa bersama
kita.
Adakah
kita tidak cukup yakin dengan Allah jika kita terus berusaha?
Membangkitkan semula kelesuan yang menghimpit jiwa. Anda mampu mengubahnya! ~Hilal Asyraff
5 comments:
Nice entry..keep a good job ^_^
Yup that right..saya juga pernah gagal.. tapi hanya semangat dan motivasi bt diri sndiri yg paling pntg.. gagal sekali tak bererti kt gagal utk selamanya..
gagal sekali bukan bermaksud kita perlu berhenti berusaha dan mencuba.
fuh akh..mantap betull..
terinspirasi bila baca entry ini..subhanaallah
Syukran utk entri yang mberi semangat ni :) Mantap!
Post a Comment